Baru naik cuti dapat berita baik, seronok sangat. Permulaan untuk hidup 2013 nanti. Tapi bukan nak cite pasal berita baik, maybe kemudian. Cuma nak cite aktiviti masa cuti sebelum krismas aritu. Jabatan buat Family Day kat Kuantan. First time rasanya aku jejak kaki kat pantai timur, kematu jugak duduk dalam kete nak sampai kuantan ni.
Dan yang paling best, Gambang waterpark pack giler orang sebab weekend. Pastu cuti panjang, da rasa macam sesak sesak dalam lautan manusia. Tapi apa boleh buat, semua orang pun nak bercuti kan. Kitaorang menginap kat Bukit Gambang Resort City (BRGC) kat area depan gambang waterpark tu. Terlalu dekat, jalan kaki boleh sampai.
Ada kolam, untuk anak anak meluangkan masa terluang
Caribbean Bay Suite
Actually apartment dia ada dua jenis, Arabian & caribbean. Kitaorang menginap kat Caribbean Bay Suite. Gambar contoh di atas, cantik dan selesa. Satu apartment ada dua bilik. Satu bilik ada dua katil queen. So satu bilik boleh tido 4 orang la. Dekat pun dekat, siap ada funfair lagi Pagi pagi boleh siap terus turun lobby hotel, tunggu tram amek pegi Waterpark. Kalau nak jalan kaki boleh, tak de hal punya.
Pin! Pin! kami nak lalu
Sekali perjalana singgit, tapi dia slow la. Kau jalan kaki rasanya lagi laju. sambil duduk boleh menikmati pemandangan. Sampai boleh beratur beli tiket. Dewasa Rm 23.90, Kanak kanak atas 90cm RM 16.90. Yang bawah 90cm free aje. Masuk tu kalau nak sewa pelampung kena topap e value dulu, kira macam duit la. Pelampung untuk 2orang sekali sewa RM 20.
Peta BGWP beserta harga promotion
Yang ni Journey Of Ice, menyusuri laluan ni. Kira boleh relaks la kat pelampung tu. Nanti gelombang tolak korang sampai la ke penghujung. Ala macam kat Wet World Shah Alam tu.
Yang ni pulak tempat kanak kanak, tapi masa ni nak masuk padat. Setakat amek gambar je la.. Tempat dia best la jugak. Ada pasir untuk korang main bola tampar ke, pastu ada tempat untuk mandi ada gelombang kat cocoa beach. Yang paling best gelongsor dia Galaxy, Crystal & Canopy, Tiga tiga best, galaxy tu gelap. Yang crystal tu lak terpantas.
Jadi budak budak kejap. Huhu..
BERMINAT??
Nah klik link kat bawah untuk maklumat lanjut
Thanks for reading this entry! Jangan lupa klik nuffnang